Selasa, 22 November 2022

Beg Telekung...

Ini projek beg yang dah siap menggunakan paten yang aku share sebelum ni. Aku guna benang pp 3mm dengan saiz crochet hook no.5... Handle dia aku tak kait. Aku tibai tali beg lama aku. Agak agak ok la kot...sepadan la tuh Next project...embroidery lak ...

Sabtu, 5 November 2022

Spiked Sedge Stitch


I'm making a project using this pattern... 

Jumaat, 5 Mac 2021

Doily 3


Doily ke 3 tahun ini... Aku sangat suka motif doily yang ada pineapple. Banyak dah dalam koleksi aku tapi aku belum ada masa nak cuba buat. InsyaAllah..soon... 

Isnin, 4 Januari 2021

Doily 2...

 

Kira...berapa banyak nanas yang ada kat doily ni... whoaaaa... aku sangat sangat sangat suka doily ni. Aku akui...memang mencabar untuk kait doily ni tapi usaha tangga kejayaan kan? Kait..pastu aku kene bukak balik...kait pastu kene bukak balik. Tapi.. lihatlah hasilnya. Aku sangat puas hati bila doily ni dah siap... such a beautiful doily after all...

Aku masih gunakan saiz benang dan jarum yang sama. Doily ni berukuran lebih kurang 31cm...

Jumaat, 1 Januari 2021

Doily 1...

 



My first doily for 2021...hehehe...
Sekarang aku semakin suka crochet guna benang halus. Doily ni tak besar pun... cuma lebih kurang 7cm. Aku guna jarum jenama tulip saiz 1.3mm. Benang jenama Minlon. Sesuai kot kalau nak buat alas meja tapi akan ambil masa yang lama untuk disiapkan...huhuhu

Selasa, 4 Ogos 2020

New Project In My Mind...

Pkp...pkpb...pkpp... buatkan aku malas nak update blog...huhuhu...

Seperti dinyatakan...aku sharekan video untuk crochet stitch yang aku buat dalam entry aku sebelum ni. Aku edit video ni sebab video asal dia sangat panjang...


Dalam video ni ditunjukkan cara nak crochet stitch tu tapi ianya dilakukan dalam continuous round. Korang boleh buat beg, sarung bantal atau apa saja yang dikait dalam bentuk bulatan. 

Tapi, kalau korang kait dalam bentuk mendatar...contoh untuk buat afghan... corak stitch ni akan berubah kepada bentuk:-

Memandangkan lebihan benang aku masih banyak lagi...aku nak buat afghan...insyaAllah... 

Ini corak pertama aku...yeahhh...

Khamis, 23 Januari 2020

Apa Yang Korang Buat Dengan Lebihan Benang?


Lebihan benang kait aku dah penuh satu beg...huhuhu


Aku terjumpa pattern yang sangat menarik untuk dicuba. Sorry sebab aku tak dapat sharekan nama stitch ni sebab aku tengok video yang dishare di facebook sekali lalu aje. Mungkin aku boleh cuba tulis pattern ni atau share videonya lain kali. 


Ok...ni hasil yang aku dapat. Sarung bantal peluk yang bewarna- warni...wakaka...

Sabtu, 7 Disember 2019

Crochet Round Pencil Case...


Ok...bentuk pencil case main ikut sedap rasa....hahaha. Asalkan muat beberapa batang pensil...rubber...pembaris... all the usual. Aku gunakan Tiffany  Block untuk siapkan projek ni sebab ianya tebal dan senang nak kait. Dalamnya aku lining dengan kain dan letak zip. Aku dah pernah share pattern ni dalam blog aku. Masa tu aku buat untuk kait sarung bantal. Feel free to see kalau teringin nak cuba.Terasa nak buat satu lagi guna pattern lain lak. Tungguuuuu....

Ahad, 10 November 2019

Tapestry Crochet Sling Bag...




Tiga sling bag ni aku buat menggunakan teknik tapestry crochet. Banyak video tutorial kat youtube yang korang boleh tengok. Terlalu banyak pattern yang korang boleh ikut. Hanya taip tapestry crochet dan korang akan dihidangkan dengan berpuluh-puluh video tutorial. Aku prefer video tutorial by Carol Ventura. Senang nak ikut dan mudah nak faham. Terus-terang aku katakan yang aku sangat-sangat kagum dengan hasil kerja beliau. Dan pattern ni aku dapat guna encik google. Tak dapat nak save dalam handphone aku...jadi aku lukis semula atas kertas graf anak aku...ekeke...

Jadi... projek aku dah siap. Next nak buat apa pulak ekk...

Rabu, 9 Oktober 2019

More Crochet Backpack...





Pattern yang sama dengan post aku sebelum ni cuma warna yang berbeza...